MENTERI BESAR KELANTAN RASMIKAN KASUKEL 2019

webmaster

oleh Norzana Razaly

Upacara pembukaan Karnival Sukan Kelantan (KASUKEL) 2019 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan kelolaan Majlis Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Urusetia Belia dan Sukan Kelantan, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI), Jabatan Penerangan dan Jabatan Pendidikan Negeri dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos, 2019 jam 2.00 petang, di Dewan Jubli Perak Kota Bharu bakal dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan, Hj. Ahmad Yakob.

Upacara tersebut akan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kelantan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat termasuk Pengarah Majlis Sukan Negeri Kelantan selaku hosnya.

Menurut Pengarah Urusetia Belia, Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan (U-Bes), Ustaz Nasruddin Mahmud Muhaidin, upacara pembukaan akan disusuli oleh beberapa persembahan istimewa dan penampilan maskot karnival iaitu “Mat Kijey” dan bacaan ikrar.

Maskot KASUKEL 2019 “Mat Kijey”

“Pemilihan kijang sebagai maskot berdasarkan keistimewaan haiwan tersebut bersifat lincah tamsilan kecergasan dan kecerdikan para atlit. Ia juga menjadi haiwan peliharaan zaman pemerintahan Che Siti Wan Kembang, pemerintah Kelantan yang ditabal pada tahun 1610M (1018H) yang menggunakan simbol kijang terapan atas matawang emas Kelantan pada masa pemerintahan baginda, sekaligus ia menjadi pelambangan negeri Kelantan sehingga hari ini”, kata Ustaz Nasruddin.

“KASUKEL 2019 bermula pada 1 – 3 Ogos 2019 melibatkan 17 acara sekitar Kota Bharu kecuali hoki di Pasir Mas dan lumba basikal di Bachok adalah sebagai persediaan Kelantan untuk menjadi tuan rumah Sukan Malaysia, SUKMA tahun 2024.

“Seramai 100 orang sukarelawan akan bertugas di 16 lokasi pertandingan selama 3 hari untuk menimba ilmu dan pengalaman menguruskan acara sukan yang melibatkan penyertaan atlet luar negeri dan antarabangsa,” tambahnya.

Para peminat sukan dan orang ramai dijemput hadir menyaksikan persembahan kebudayaan dan penampilan istimewa bintang bola sepak Kelantan dan penerima Anugerah Tokoh Anak Muda Kelantan 2013 (kategori sukan) Mohd Badhri Mohd Radzi atau popular dengan panggilan Piya bersama pasukan Kelantan United juga bakal memeriahkan upacara pembukaan rasmi tersebut.- UPKN KELANTAN 30/7/2019

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2427887954112224

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM PENYERI HPPNK 2019

oleh Norzana Razaly Allah menyediakan keperluan asas pertanian seperti mata air, hujan dan seumpamanya bagi menghidupkan bumi dengan tanaman dan penternakan termasuk juga segala hal mahsul khazanah laut demi kebaikan manusia di dunia ini sebagaimana firman Allah dalam Surah 36 (Yasin): 34-35 yang bermaksud: “Dan Kami jadikan (di atas muka […]

Subscribe US Now