MENTERI KEWANGAN TIDAK MENJAWAB SOALAN

webmaster

SEMALAM (30 Oktober) saya telah bertanya soalan tambahan nombor satu kepada Menteri Kewangan. Soalan saya merujuk kepada muka surat 66 hingga 69 Laporan Ketua Audit Negara 2018 (Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan).

Laporan Ketua Audit Negara 2018 mendedahkan pihak kerajaan telah mendahulukan sebahagian bayaran balik pinjaman yang dijamin berjumlah RM2.389 bilion bagi pihak lima Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan. Ketua Audit Negara menyatakan, “keupayaan kelima-lima syarikat untuk membayar balik pendahuluan yang telah diberi tidak dapat dipastikan”.

Maka, saya meminta dua penjelasan daripada pihak kerajaan.

Pertama, bagaimana perkembangan pembayaran semula lima syarikat MKD?

Kedua, mengapa kerajaan perlu membuat pembayaran pendahuluan tersebut?

Tujuan soalan tambahan itu dikemukakan kerana syarikat berkenaan wajib membuat bayaran balik kepada kerajaan berhubung bayaran yang telah didahulukan. Ia penting kerana perkara itu telah diperuntukkan dalam Seksyen 8, Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965.

Maka, sewajarnya Menteri Kewangan menjelaskan perkembangan pembayaran semula wang pendahuluan yang mesti dijelaskan oleh lima syarikat MKD berkenaan.

Jika tiada pembayaran dibuat, adakah kelima-lima syarikat berkenaan sedang kritikal?

Jika ya, apa usaha kerajaan untuk membantu memulihkan syarikat yang dikategorikan sebagai Special Purpose Vehicle (SPV) tersebut?

Malangnya, Menteri Kewangan tidak menjawab soalan berikut dan mengulangi skrip menyalahkan pentadbiran lama walaupun telah lebih 17 bulan mentadbir kerajaan. Menteri Kewangan mesti bersikap profesional, tidak emosional dan telus memberikan maklumat seperti yang telah diminta.

Sekian, terima kasih.

TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
Ahli Parlimen Malaysia (Kubang Kerian)

3 Rabiul Awwal 1441 | 31 Oktober 2019

Sumber: https://www.facebook.com/ustaztitm/posts/3367203323319984

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

TARIK SEMULA BATAL LESEN TANGKAP IKAN DI ZON A

KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan menarik semula pembatalan lesen menangkap ikan di Zon A untuk nelayan pantai. Ia berikutan rayuan nelayan pantai yang merungut sumber pendapatan mereka terjejas kerana tanpa lesen tersebut menghalang mereka turun ke laut untuk menangkap ikan. Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, […]

Subscribe US Now