Mesyuarat Exco bincang Pengerusi MSN

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri akan membincangkan terlebih dahulu tawaran pelantikan Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan pada mesyuarat Exco.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub terlebih dahulu.

Katanya, ia perlu dibincang bersama-sama termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

“Kemudian ia perlu diputuskan dalam mesyuarat Exco. Bila sudah ada keputusan, baru kita maklumkan kepada pihak kementerian,” katanya di sini.

Semalam Wan Roslan menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail.

Baru-baru ini Kementerian Belia dan Sukan menamakan anggota Exco kerajaan Kelantan sebagai Pengerusi MSN Kelantan yang sebelum ini diterajui pemimpin Umno. – HARAKAHDAILY 13/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7766-mesyuarat-exco-bincang-pengerusi-msn

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Orang Asli: Parti politik campur tangan

KOTA BHARU: Sehingga sekarang kerajaan negeri belum lagi menerima maklum balas serta cadangan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi mewartakan kawasan Orang Asli untuk bercucuk tanam. Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, tanah tersebut terletak di jajahan Jeli dan Gua Musang. Katanya, kerajaan negeri akan mewartakan tanah terbabit […]

Subscribe US Now