Mesyuarat Exco pertama cukup memberi ilmu

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengadakan mesyuarat exco pertamanya hari ini selepas berjaya mempertahankan pemerintahan negeri pada PRU14 lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob itu diadakan di Kompleks Kota Darulnaim (SUK) hari ini.

Kesemua empat orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang baru dilantik turut menghadiri mesyuarat itu.

Mereka ialah Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail (Adun Selising) dipertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar.Adun Kadok, Azami Mohd Nor (Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti), Adun Kijang, Dr Izani Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan) dan Ustaz Wan Roslan Wan Hamat (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO).

Turut hadir bermesyuarat Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan lima Exco yang dilantik semula.

Dr Izani Husin ketika dihubungi memberitahu mesyuarat Exco berkenaan dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Katanya, sikap mesra yang diberikan pemimpin tertinggi kerajaan negeri dan Exco-Exco lama, membuatkan beliau tidak berasa kekok untuk menghadiri mesyuarat Exco kali pertama itu.

“Alhamdulillah mesyuarat Exco pertama ini cukup memberi ilmu dan bermanfaat untuk dikongsi bersama rakyat,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 23/5/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kumpulan PKINK Sumbang Rm100 Ribu Isi Tabung Madinah Ramadan

KOTA BHARU– Selain mementingkan kebajikan rakyat, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) turut mengutamakan majlis ilmu dan ibadat di negeri ini. Seperti tahun sebelumnya, PKINK merupakan antara penyumbang utama dalam menjayakan program Ihya Ramadan di Madinah Ramadan buat kali ke 23 tahun ini. Sumbangan bernilai RM 100 ribu telah disampaikan […]

Subscribe US Now