Mesyuarat Khas KASA dan Kelantan Bakal Pacu Pembangunan Bekalan Air Negeri

webmaster

oleh Che Maziah Mat

KOTA BHARU

Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air serta Delegasi Kementerian Alam Sekitar dan Air ke atas kunjungan hormat ke pejabat Menteri Besar.

Beberapa perkara telah dibincangkan serta dibentang secara bersama dalam mesyuarat khas diantara pihak Kementerian dan Kerajaan Negeri.

Antara projek-projek yang diberi keutamaan adalah projek menaik taraf infrastruktur perkhidmatan bekalan air seperti loji rawatan air, penggantian paip air bagi mengurangkan kehilangan air yang tidak terhasil (NRW) dan projek untuk meningkatkan liputan perkhidmatan pembentungan turut juga dibincangkan bersama.

Sebanyak 8 projek dengan kos pembinaan sebanyak RM1.36 bilion telah dikenalpasti akan dilaksanakan di bawah projek Rolling Plan 4 (RP4) dalam Rancangan Malaysia ke 11 (RMK-11) di Kelantan.

KASA juga sedang merancang untuk memohon peruntukan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM7.293 bilion untuk Kelantan, termasuk RM594 juta projek pembentungan di bawah RMK-12, 2021-2026.

Projek ini adalah merangkumi projek-projek pemuliharaan dan pelestarian alam sekitar serta sumber air, pembangunan infrastruktur perkhidmatan bekalan air dan pembentungan.

KASA optimis berdasarkan kepada kerjasama erat di antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, semua perkara yang telah dibincangkan bersama akan menjadi pemangkin kepada kesejahteraan sosial, peningkatan kualiti hidup rakyat, kelestarian alam sekitar dan air serta merangsang pertumbuhan ekonomi Kelantan ke arah yang lebih baik.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

SIARAN DIGITAL UPKN KIAN DIMINATI

oleh Norzana Razaly KOTA DARULNAIM – Selama lima hari bersiaran melalui ‘page fb live’, slot JimiMC ‘Xtra berjaya memikat kian ramai penonton saban hari. Program sembang santai berkonsep deejay (DJ) radio bermula 1 Julai lalu bersiaran dari mini studio Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan (UPKN) selama sejam mulai […]

Subscribe US Now