Minta segera atasi ‘banjir termenung’ Sg Golok

KUALA LUMPUR: Masalah ‘banjir termenung’ yang sering berlaku di tebing Sungai Golok, Tumpat perlu segera diatasi Kerajaan Persekutuan, demikian digesa Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (PAS – Tumpat).

Menurut beliau, banjir ini yang berlaku setiap tahun pada skala besar melibatkan kawasan sangat luas dan jangkamasa lama telah memberi kesan buruk kepada rakyat negeri itu khususnya di Bachok.

Terang beliau, masalah tersebut melibatkan kehidupan manusia, binatang ternakan dan tanaman pertanian serta tumbuhan hingga mengakibatkan kerugian dan ketidakselesaan menyeluruh.

“Maka Kerajaan Persekutuan tidak boleh memandang mudah perkara ini dan mestilah menyegerakan perancangan dan pelaksanaan berkaitan agar kesusahan rakyat tidak berterusan,” ujarnya ketika sesi Pertanyaan Lisan pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam.

Gesaan beliau itu merujuk kepada pelaksanaan projek tebatan banjir iaitu Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.

Namun, projek tersebut baru melalui Fasa 1 di bawah RMK11, manakala penyelesaian menyeluruh melibatkan Fasa 2 dan 3 melangkaui pelaksanaan dalam RMK12 dan RMK13. – HARAKAHDAILY 2/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7635-minta-segera-atasi-banjir-termenung-sg-golok

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment