Minta segera atasi masalah muara cetek

webmaster

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan perlu segera menyelesaikan masalah dihadapi para nelayan dan penternak akuakultur serta masyarakat setempat yang hidup mendiami berhampiran kuala Pantai Tujuh, Tumpat.

Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (PAS – Tumpat) berkata, masalah muka kuala Pantai Tujuh yang cetek telah menyebabkan kehidupan komuniti di situ terjejas terutama kaum nelayan.

Sedangkan menurut beliau, kebanyakan mereka sememangnya bergantung dan menyara hidup daripada hasil laut, namun keadaan yang berlaku menyukarkan mereka untuk keluar ke laut.

Malah ujar beliau, kecetekan tersebut juga menjejaskan aktiviti akuakultur yang melibatkan hasil besar kepada penternak serta menjejaskan pengeluaran negeri dan negara.

“Jadi saya mohon kerajaan menyegerakan perancangan yang sedia dirancang dan diluluskan demi kebaikan rakyat,” ujarnya di Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam.

Beliau terdahulu mengemukakan soalan lisan kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli berhubung masalah tersebut yang antara pengakuan Menteri adalah diakui berpunca dari aktiviti pembangunan.

Secara khusus dijelaskan bahawa masalah muka kuala Sungai Tujuh telah mendapat kelulusan bagi projek pembinaan struktur dan mendalamkan muaranya di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. – HARAKAHDAILY 9/8/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7722-minta-segera-atasi-masalah-muara-cetek

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Umno bolot Pengerusi MSN sejak 1990

KOTA BHARU: Sejak 1990 sehingga Mei lepas Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) dilantik dalam kalangan pemimpin Umno di Kelantan. Sedangkan di negeri-negeri lain dilantik anggota Exco yang mempengerusikan portfolio sukan sebagai wakili Menteri Besar. Bagaimanapun sejak rejim kerajaan Barisan Nasional (BN) kecundang pada Pilihan Raya Umum lepas, jawatan itu mahu dikembalikan […]

Subscribe US Now