MMK bincang isu pembalakan di Balah

TIMBALAN MENTERI BESAR PANCHORKOTA BHARU: Isu sekatan laluan balak di Pos Balah tidak mampu disembunyikan lagi ada dalang di sebaliknya.

Bukan lagi sekadar dalang sebaliknya ada pemimpin parti politik dan NGO tertentu dilihat mahu menjadi juara di sebalik isu membabitkan masyarakat Orang Asal di pedalaman.

Lebih dibimbangi lagi, dibimbangi bukan penduduk Orang Asal tempatan yang terlibat sama. Ini dilihat berdasar dialek percakapan mereka.Oleh itu, bagi menyelesaikan isu terbabit kerajaan negeri akan mendapat laporan lengkap mengenai aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Balah selewat-lewatnya minggu ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata laporan disediakan Jabatan Perhutanan Negeri akan dibentang pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri.

“Kerajaan negeri akan memutuskan tindakan yang wajar dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

“Laporannya sudah siap cuma tidak dapat disegerakan pembentangannya kerana Menteri Besar berada di Kuala Lumpur menghadiri persidangan Raja-Raja,” katanya di sini, semalam.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis pecah tanah pembinaan bangunan baru Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardiyah Panchor yang disempurnakan Dato’ Ahmad Yakob. – HARAKAHDAILY 16/10/2016

(Visited 4 times, 1 visits today)

Add Comment