Modal RM100 sebelum tembus pasaran antarabangsa

MH Mohd Industries Sdn Bhd, pengeluar produk berasaskan sos, berjaya mengeksport produknya ke Ireland dan Vietnam sejak Januari lepas.

Selain pelbagai jenis sos, syarikat bumiputera yang ditubuhkan pada 1986 itu turut mengeluarkan kicap, cuka, dan kopi.

Pengarahnya Muhamad Yusoff berkata, produk keluarannya turut mendapat permintaan daripada negara lain seperti China, Taiwan, Algeria serta Mesir dan bakal menembusi negara-negara tersebut penghujung tahun ini.

“Kami terima banyak permintaan dari luar melalui laman web kami, iaitu http://www.mhmohd.com dan ini memberi peluang kepada kami untuk kembangkan perniagaan ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata syarikat itu mampu menghasilkan kira-kira 5,000 botol pelbagai jenis produk setiap hari di kilangnya di Kampung Paloh, Morak, di sini.

“Kami mempunyai 25 tenaga kerja yang bekerja enam hari seminggu bagi menampung permintaan pelanggan dari pasar raya besar di seluruh negara,” katanya yang bermodalkan RM100 pada awal pembabitannya dalam industri pembuatan sos cili itu.

Muhamad berkata syarikatnya turut merancang untuk mengeluarkan produk berasaskan herba.

– Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment