MODIFIKASI DIET RAMADAN

oleh Dr Wan Martina Wan Yusoff
Pengamal perubatan klinik persendirian.

Penjagaan kesihatan berkait rapat dengan kebersihan yang menjadi sebahagian daripada pelengkap iman.

Bersempena keberkatan Ramadan bulan tarbiyah maka elok benar bulan ini dijadikan pemangkin untuk bermuhasabah dan memperbaiki diri terutamanya dalam aspek meningkatkan taraf kesihatan dan graf kemajuan diri dan keluarga.

Amalkan pemakanan secara sihat mengikut keperluan bukan menurut kehendak nafsu.

Bagi pengidap diabetis dan penyakit kronik yang lain, disarankan berjumpa doktor anda lebih awal untuk mendapat nasihat pengubahsuaian dos ubatan secara sistematik.

Tidak terkecuali pesakit grastik perlu menyesuaikan diet mengikut keperluan badan.

Manakala pesakit obesiti yang telah lama mengamalkan *intermittent fasting* *wet fasting* 16:8, nah inilah bulan yang amat memudahkan untuk melakukan *dry Fasting* kerana lebih banyak lemak dibakar secara fitrah natijah daripada berpuasa seharian.

Jangan risau akan berlaku *dehydration* kerana badan sendiri secara alami akan mengeluarkan air dalaman dalam proses metabolisme lemak. Maka perlulah kita meminum air kosong yang banyak pada waktu malam.

*Sedikit yang mencukupi*

Berbukalah pada kadar sederhana berkonsepkan sedikit yang mencukupi. Sebiji kurma dan air kosong atau sup kosong sudah memadai.

Elakkan minuman bergula. Sebiji kurma sudah mencukupi kerana ia ada 6 gram karbohidrat yang boleh mengurangkan lonjakan pada paras insulin, penyebab rasa lapar.

Berilah masa untuk usus bekerja dan mengurangkan rasa ketagihan pada makanan.

Amalkan tips bersolat Maghrib dahulu kemudian barulah makan malam berformatkan suku-suku-separuh.

Suku karbohidrat boleh dipilih samada makanan mengandungi *multigrain* atau *whole grain*. Tak perlu ambil bijirin segera seperti empeng jagung, nasi putih atau roti putih.

Suku lagi bersumberkan protein seperti ayam, daging dan ikan yang boleh memberi rasa kenyang yang lama.

Separuh yang akhir terdapat di dalam fiber dari buah-buahan dan sayuran-sayuran.

Boleh juga ambil *chia seed* yang di rendam semalam bersama *greek yogurt* yang boleh memenuhi perut dan mengekalkan rasa kenyang.

Tambahan pula, kandungan *micronutrient*nya sangat bagus untuk kesihatan terutamanya kecerdasan otak.

*Senaman terbaik*

Solat terawih adalah senaman terbaik. Tidur dan bangun awal untuk bertahajud dan bersahur.

Jangan sesekali meninggalkan sahur yang sarat rahmat pada waktu hening damai sepertiga malam.

Berpuasalah dengan erti kata sebenar-benarnya yang mampu mendidik jiwa, mengawal nafsu.

Khasiat berpuasa ialah mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT dan terlihat hakikat kemenangan sebenar pada 1 syawal kelak apabila kita sihat bertenaga dan segak bergaya.

#UPKdietRamadan1441H

Sumber: https://www.facebook.com/1379770592257304/posts/2659632904271060/

(Visited 4 times, 2 visits today)

Add Comment