MPKB-BRI galak program amal

webmaster

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menggalakkan penganjuran program amal yang sedia terkandung dalam konsep agensi berkenaan dalam usaha membantu mereka memerlukan.

Yang Dipertuanya, Datuk Zamri Ismail berkata, program kebajikan itu perlu kerana dapat membantu orang lain.

“Kutipan amal oleh badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama beberapa agensi lain boleh membantu golongan memerlukan bukan sahaja di Kelantan, malah ke negeri lain, juga ke luar negara, contohnya menerusi Yayasan Amal Malaysia.

“MPKB-BRI juga cuba membawa masyarakat Kota Bharu untuk terus mempunyai keperibadian suka tolong-menolong, manakala peniaga pula digesa menutup aurat dan bergerak dalam garis panduan yang kita sediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Karnival Jualan Amal, Gomore Fest yang berakhir kelmarin dan dikunjungi lebih 20,000 pengunjung.

Karnival itu juga memuatkan lebih 100 gerai peniaga kecil dan online.

Zamri berkata, pihaknya menggariskan penghayatan Bandaraya Islam berdasarkan 5K; keilmuan, kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan, yang mahu masyarakat Kota Bharu ada ilmu agama serta dunia.

“Falsafah ini diterapkan dalam perancangan pembangunan yang meliputi pembangunan pengurusan, pembangunan insan, pembangunan ekonomi dan pembangunan fizikal yang memenuhi konsep asas sebuah bandar Islam,” katanya.- SINAR HARIAN 4 MEI 2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Dapur hijau bantu kurang belanja

PASIR MAS – Penduduk di Dun Tendong menyambut baik perlaksanaan projek dapur hijau yang diperkenalkan kerajaan negeri dalam membantu mengurangkan perbelanjaan harian mereka. Adun Tendong, Rozi Muhamad berkata, kawasan terbiar sekitar rumah penduduk kini dimanfaatkan dengan tanaman sayur seperti terung, bendi, bayam, dan kangkung. “Alhamdulillah, dengan usaha ini, kita berjaya […]

Subscribe US Now