MPKB-BRI, JKR JUARAI ANUGERAH INOVASI NEGERI KELANTAN 2019

webmaster
Pasukan Bahagian Pengurusan Korporat, JKR Negeri Kelantan dengan projek Tickmats (proses kelulusan bahan secara e-sistem).

 

oleh Norzana Razaly

KOTA DARULNAIM – Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa gigih membudayakan elemen inovasi dan kreativiti dalam organisasi bagi memastikan perkhidmatan cemerlang yang menjadi piagam pelanggan mencapai sasaran.

Demi membuktikan kesungguhan, Bahagian Pengurusan Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Anugerah Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan (AISAK) 2019 sebagai rangsangan kepada penjawat awam yang gigih melengkapkan diri dengan kemahiran (skills), ilmu pengetahuan (knowledge) dan sifat-sifat peribadi (attitude) yang tinggi untuk merekacipta inovasi lestari secara kreatif demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri dan negara.

Menurut Pengerusi AISAK merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YM Dato’ Haji Tengku Azmi Haji Tengku Jaafar penganjuran kali ke-9 ini dilihat berjaya mencapai objektif AISAK iaitu memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh agensi kerajaan.

“Anugerah ini mampu memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif dan inovatif dalam cara bekerja yang diamalkan dan memperkenalkan serta menyebarkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi untuk faedah agensi lain.

“AISAK juga menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan sekaligus menjadi saringan bagi inovasi yang layak dipertandingkan ke peringkat kebangsaan iaitu Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA)”, ujarnya.

Hal ini turut diperjelaskan oleh Setiausaha Kerajaan Kelantan, YB Dato’ Kaya Setia Haji Nazran Muhammad selaku perasmi Majlis Sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Bunga Teratai Kompleks Kota Darulnaim pada 30 Oktober 2019.

“Usaha-usaha ke arah membudayakan inovasi ini perlu disokong dan dihargai, kerana di samping kesibukan menjalankan tugasan seharian, para pegawai dan kakitangan masih boleh meluangkan sedikit masa, mengeluarkan perbelanjaan dan tenaga untuk menghasil serta mengetengahkan hasil serta idea inovasi dan kreativiti demi memenuhi tuntutan dasar serta memastikan perkhidmatan yang diberikan lebih efisien, menjimatkan kos serta sampai terus kepada golongan sasar”, katanya.

Seramai lebih kurang 500 penjawat awam menghadiri majlis tersebut kelihatan bersemangat untuk aktif berfikiran kreatif bagi mencipta inovasi terkini, bukan hanya menambahbaik produk atau perkhidmatan sedia ada selepas mendengar pencerahan bertajuk Inovasi Di Kalangan Penjawat Awam: Cabaran Dan Isu daripada Pengarah Hospital Kuala Krai , YABrs Dr. Mohd Salleh Mat Jusoh.

Terbukti acara tahunan Pejabat SUK Kelantan yang berusia hampir sedekad ini berjaya mencapai objektif sekaligus mencerminkan kepentingan membudayakan kreativiti dan inovasi serta meraikan keberhasilan inovasi oleh agensi-agensi kerajaan negeri dengan sambutan baik berdasarkan 31 penyertaan yang diterima.

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) menjuarai kategori Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan dengan projek Pelan Kelulusan Satu Hari manakala Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan melalui projek Tickmats (Proses Kelulusan Bahan Secara E-Sistem) mengungguli kategori Inovasi Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi). Kedua-dua juara menerima wang tunai RM4000.00 bersama piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.– UPKN KELANTAN 30/10/2019

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2500559586845060

Pasukan Inovator Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dengan projek Pelan Kelulusan Satu Hari.
Penganjur AISAK 2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MENTERI KEWANGAN TIDAK MENJAWAB SOALAN

SEMALAM (30 Oktober) saya telah bertanya soalan tambahan nombor satu kepada Menteri Kewangan. Soalan saya merujuk kepada muka surat 66 hingga 69 Laporan Ketua Audit Negara 2018 (Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan). Laporan Ketua Audit Negara 2018 mendedahkan pihak kerajaan telah mendahulukan sebahagian bayaran balik pinjaman yang dijamin berjumlah RM2.389 bilion […]

Subscribe US Now