KOTA BHARU– Dalam usaha memastikan petugas di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam MPKB-BRI bebas rasuah, pihak terbabit turut bekerjasama dengan Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan dengan menyertai Ikrar Bebas Rasuah IBR.
Yang Dipertua MKPB-BRI, Datuk Zamri Ismail berkata, gejala rasuah amat dipandang serius dan perlu ditangani.
“Dengan IBR yang dijalankan ini juga dapat memberi kesedaran kepada petugas di MPKB-BRI bahawa pihaknya serius dan tidak memandang enteng terhadap isu terbabit.
Hadir sama Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Shamsudin Yusof.
Dalam perkembangan isu terbabit, Zamri berkata, beliau berharap usaha pihak SPRM menjadi titik tolak kepada petugas MKPBRI terus menolak rasuah.
“Kita berharap juga supaya petugas di MPKB-BRI lebih berkeyakinan selepas ini dan mampu bertemu dengan pelanggan dengan lebih yakin dalam menjalankan tugas.- SINAR HARIAN 6 OGOS 2017