MPKB-BRI susun atur pembangunan bandar

webmaster

MAJLIS Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) mengetengah draf rancangan pembangunan tempatan bagi menyusun atur bandar Kota Bharu.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Dato’ Zamri Ismail berkata, draf rancangan tersebut akan dipamerkan di pejabat MPKB-BRI, Jabatan Pelan Malaysia dan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. (Foto: Zamri Ismail mencuba melukis mural di dinding.)

Katanya, tempoh sebulan diberi kepada penduduk untuk terlibat dalam penyediaan Rancangan Pembangunan Tempatan yang bermula 14 November ini.Menurutnya, semua cadangan dan bantahan akan diterima terhadap draf yang melibatkan enam isu termasuk lalulintas, landskap, kawasan lapang, perbandaran dan.

“Bermula 14 November hingga 15 Disember, kita memberi masa kepada penduduk untuk memberi cadangan serta bantahan kepada penyediaan Rancangan Pembangunan Tempatan.

“Orang ramai boleh memberi cadangan, bantahan dan ulasan terhadap draf tersebut,” katanya pada majlis perasmian projek mural grafiti di Kota Bharu hari ini.

Projek mural itu dilaksana pelajar-pelajar UiTM di Jalan Ismail Hilir. Turut dihadiri Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Dr Tuan Mohd Rosdi Tuan Hassan dan Ketua Whip Majlis MPKB-BRI, Muhammad Azmi Nor. – HARAKAHDAILY 2/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Jualan Amal di Pasar Siti Hajar dapat sambutan

PASIR PUTEH: Program jualan amal ikan dianjurkan Dewan Usahawan Negeri Kelantan (Duke) dan Jabatan Amal Pasir Puteh berjaya menarik orang ramai ke Pasar Siti Hajar di Pasir Puteh. Presiden Duke, Mohd Zaki Zakaria berkata, sebanyak satu tan pelbagai jenis ikan dijual sempena pembukaan operasi Pasar Siti Hajar. Katanya, Duke memperuntukkan […]

Subscribe US Now