MPKB BRI ucap takziah

webmaster

MAJLIS Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB BRI) mengucapkan takziah kepada semua mangsa dan keluarga pelajar Tahfiz al-Hashimi yang terlibat dalam kemalangan maut pagi ini.

Kesemua mangsa seramai 14 orang tujuh daripadanya telah meninggal dunia dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk mengikuti Daurah Al-Quraan di Madinah Ramadan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Islamnya, Ustaz Ropein Hassan, berkata bagi membantu keluarga mangsa, pihaknya akan melancarkan tabung khas malam ini sebelum tazkirah Ramadan bermula.

Katanya, pada masa yang sama pihaknya akan mengajak orang ramai bersama sama mendoakan kesejahteraan jenazah.

Ropein seterusnya berkata, pihak tahfiz berkenaan bersetuju untuk menghantar  lapan kumpulan ke program Daurah Al-Quraan yang diadakan di Madinah Ramadan.

“Mereka akan menghantar wakil setiap hari minggu iaitu Jumaat dan Sabtu sepanjang Ramadan ini,” ujarnya.

Menurutnya, nahas yang membabitkan 14 mangsa termasuk 12 pelajar adalah kumpulan pertama yang akan mengikiti program itu.

Daurah Al-Quran mula diperkenalkan di Madinah Ramadan bermula tahun ini setiap pagi sehingga tengahari bermula 1 Ramadan lalu. – HARAKAHDAILY 2/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PRK Nenggiri perlu lihat segenap aspek - Speaker

DEWAN Undangan Negeri Kelantan (DUN) akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi menentukan keperluan pilihan raya kecil Dun Nenggiri atau sebaliknya. Speaker Dun, Datuk Abdullah Ya’kub berkata perbincangan diadakan bagi melihat segenap sudut kemungkinan atau sebaliknya PRK tersebut. “Ini kerana kebiasaan selepas tiga tahun tarikh pilihan raya umum lepas berlalu, […]

Subscribe US Now