MPKK cari laman rumah ceria

webmaster

KOTA BHARU: Bagi menyemarakkan lagi agenda Kelantanku Bersih yang menjadi fokus kerajaan negeri penggal ke-14, Urusetia Pembangunan Penghulu Kelantan akan menganjurkan pertandingan keceriaan laman rumah bermula Ogos depan.

Pengarahnya Jamaluddin Ishak berkata, sebanyak 155 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) daripada 636 MPKK seluruh Kelantan terlibat dengan aktiviti tersebut.

Katanya, pertandingan itu akan berlangsung dalam tempoh empat bulan dan dijangka berakhir Disember hadapan.

“Pelancaran pertandingan itu akan diadakan di Pantai Seri Tujoh Tumpat. Ia diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan.

“155 MPKK yang terlibat merupakan bagi fasa pertama selepas kita menerima geran dari kerajaan pusat sebanyak RM10,000 bagi setiap MPKK,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya anjuran Yayasan Amanah Tok Kenali dan Urusetia Penghulu Kelantan di Syabab Point hari ini.

Turut hadir pada program itu Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. – HARAKAHDAILY 26/6/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11690-mpkk-cari-laman-rumah-ceria

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Deklarasi Kota Bharu dibawa ke peringkat dunia

TUMPAT: Deklarasi Kota Bharu sempena Hari Sayyidatina Khatijah (HSK) 2019 yang berakhir semalam akan dibentangkan di peringkat dunia khususnya persidangan Internation Muslim Women Union (IMWU). Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi berkata, IMWU merupakan badan yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Setiap tahun ada laporan […]

Subscribe US Now