MPKK: KERAJAAN PUSAT U TURN LAGI

webmaster

DI PARLIMEN semalam saya telah bangun bertanya Timbalan Menteri Luar Bandar semasa sesi pengulungan Bajet 2020. Namun sehingga akhir ucapan, timbalan menteri tidak menjawab soalan saya.

Soalan saya berkaitan dengan kewujudan MPKK Persekutuan pada tahun 2020 dan kenyataan akhbar yang di buat oleh Penyelaras MPKK Persekutuan negeri Kelantan pada 21 Oktober 2019 yang mendakwa antara sebab MPKK(P) akan diwujudkan pada tahun hadapan ialah kerana geran yang turun kepada MPKK telah di salahgunakan untuk program parti di Kelantan.

Ternyata dakwaan tersebut adalah satu fitnah jahat dan tidak bertanggungjawab. MPKK adalah satu badan yang dibuat oleh kerajaan persekutuan dan dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ia di wakili oleh 11 lantikan kerajaan negeri manakala 5 lagi adalah lantikan kerajaan persekutuan.

Bagaimana geran itu boleh diseleweng dan digunakan untuk kepentingan parti, kerana dalam masa yang sama 5 orang wakil daripada kerajaan persekutuan juga berada dalam MPKK tersebut.

Saya juga difahamkan geran tersebut sebahagiannya baru “turun“ pada bulan Oktober ini dan ada lagi yang belum turun. Oleh itu, saya menggesa Penyelaras MPKK Persekutuan negeri Kelantan hendaklah membuktikan dakwaan tersebut.

Saya cukup berpuas hati khususnya MPKK Kuala Krai yang telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi Kerajaan Persekutuan seperti KESEDAR, Kemas, JPP dan lain-lain lagi yang menyelaras dan memantau program MPKK serta membantu agensi tersebut untuk mendaftar e-kasih, I-Suri, rebet TNB, Profail Penduduk Desa, Bancian Penduduk, Pertandingan Kecerian Kampung dan lain-lain.

Selain mereka juga telah mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh agensi berkenaan.

Pada hemat saya, kerajaan baru ini yang sering ”uturn” sekali lagi membuat “uturn” dalam kes MPKK ini dengan memberi alasan yang tidak munasabah dan mungkin juga berpunca akibat desakan daripada ahli parti bawahan yang kesempitan kerana tiada dana untuk mereka.

“Demo suruh buat, kawe setuju. Pah demo pulak ssungguh bbatal balik.. Parok demo!”

Abdul Latiff Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai
2 Rabiul Awal 1441/ 31 Oktober 2019

Sumber: https://www.facebook.com/webtvpas/videos/410413113211346/

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PH DAN JANJI ROYALTI PETROLEUM KEPADA KELANTAN

oleh Izwan Abdul Halim KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dilihat terus berdolak-dalih untuk menunaikan hak kepada Kerajaan Negeri Kelantan berhubung pembayaran royalti petroleum sebagaimana termaktub dalam akta berkaitan dan janji pernah dinyatakan. Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi membidas kenyataan berubah-ubah daripada PH yang berjanji sebelum PRU14 lalu, hinggalah […]

Subscribe US Now