MPKK: PERLU PENJELASAN RASMI KEMENTERIAN

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memohon penjelasan rasmi berhubung status Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berkaitan perkara itu.

Katanya, kerajaan negeri mahu penjelasan secara rasmi berhubung perkara itu.

“Andainya MPKK peringkat negeri yang ada sekarang ingin dimansuhkan, biarlah ia dibuat secara rasmi sebagaimana penubuhannya juga dibuat secara rasmi,” katanya kepada media selepas mesyuarat Exco, di MABNA MBI Kota Darulnaim hari ini.

Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Persekutuan di negeri yang diterajui pembangkang berkuatkuasa tahun hadapan.

Ia bagi menggantikan MPKK sedia yang diwujudkan di setiap negeri bermula tahun lepas.

Malah Penyelaras MPKK Persekutuan Kelantan Dato’ Sazmi Miah sebelum ini berkata, pembentukan MPKK negeri dengan kerjasama antara PH dan kerajaan negeri di Kelantan terbatal. – HARAKAHDAILY 18/12/2019

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/18/mpkk-perlu-penjelasan-rasmi-kementerian/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

IRA: PINDAAN BAKAL ‘TINDAS’ 15 JUTA PEKERJA

KERAJAAN PH seolah-olah bersikap rejim apabila mengemukakan usul pindaan RUU Akta Perhubungan Perusahaan (IRA) tanpa merundingkannya dengan pihak-pihak yang berkepentingan. Ia juga menunjukkan PH mengenepikan budaya berbincang bersama badan atau para peneraju yang memimpin dan menaungi hal ehwal pekerja di negara ini. Lantaran itu, bantahan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) […]

Subscribe US Now