MSN gubal peraturan sukan patuh syariat

KOTA BHARU: Kerajaan negeri berharap Majlis Sukan Negeri (MSN) menetapkan peraturan dan garis panduan bersukan yang selaras dengan tuntutan agama.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, terutamanya pakaian atlet wanita ketika riadah dan sukan hendaklah dijaga tatatertib dan batasan mengikut tatacara agama.

Katanya langkah itu dibuat bertujuan menjaga kehormatan golongan wanita.

“Ini kerana Islam sama sekali tidak menghalang sebarang aktiviti kesukanan, namun bagi atlet Kelantan hendaklah menjaga syariat, etika dan agama ketika bersukan,” katanya pada majlis penyampaian insentif kepada atlet di Dewan Teratai Kota Darulnaim semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan negeri. – HARAKAHDAILY 19/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9155-msn-gubal-peraturan-sukan-patuh-syariat

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment