MTQ Maik harap bangunan sendiri

webmaster

imageKOTA BHARU – Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengharapkan pihaknya memiliki bangunan pengajian sendiri dengan kemudahan infrastruktur dan kondisi yang lebih selesa.

Pengetuanya, Mohd Sukeri Mohd Nor berkata, sebelum ini pengajian tahfiz berkenaan dijalankan di Masjid Muhammadi Kota Bharu sebelum dipindahkan ke Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji pada 2006.

“Sejak beroperasi di kompleks ini bilangan pelajar juga dapat ditingkatkan namun dalam kuota yang masih terhad.

“Kita percaya dengan adanya kemudahan sendiri nanti, ia akan membolehkan lebih ramai pelajar diambil setiap tahun sekali gus memenuhi permintaan tinggi daripada orang ramai,” katanya kepada media ketika menghadiri majlis pendaftaran dan orientasi pelajar di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Mohd Sukeri berkata, bagaimanapun, tidak mudah untuk memiliki kemudahan sendiri kerana ia memerlukan perancangan dan perbincangan lanjut berikutan masih banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

“Usaha secara tidak formal itu ada, perkara ini tidak mustahil, insya ALLAH, tapi apabila nak wujudkan institusi pendidikan, Maik perlu teliti banyak perkara, sama ada dari segi perjawatan, pengambilan kakitangan dan kebajikan yang perlu ada dan diteruskan.

Menurutnya, masih banyak perkara perlu dikaji selaras dengan dasar kebajikan Maik yang bukan hanya memikirkan untuk menyediakan infrastruktur semata-mata, sebaliknya lebih dari itu termasuk melibatkan aspek pengurusan.

Mohd Sukeri berkata, apabila diwujudkan sesuatu program, ia perlu dipastikan kelancarannya selain mampu mencapai matlamat, bukannya sekadar memenuhi syarat.

Sementara itu, mengulas mengenai kemasukan pelajar ke MTQ Maik tahun ini, Mohd Sukeri berkata, daripada 188 permohonan diterima, seramai 40 pelajar layak dan diterima masuk pada sesi ambilan Mei 2016 ini.

Menurutnya, pelajar di maahad tahfiz itu akan mengikuti pengajian selama enam semester (tiga tahun) dan perlu menduduki peperiksaan akhir bagi melayakkan mereka menerima Diploma Tahfiz al- Quran Wal Qiraat yang diiktiraf Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pembenihan awan dimulakan di Kota Bharu, Machang

KOTA BHARU – Usaha pembenihan awan yang dilakukan oleh syarikat penerbangan persendirian, AF Jets Sdn Bhd pada hari pertama hari ini berjaya membakar lapan suar pagi tadi. Juruterbang yang mengetuai pasukan berkenaan, Mohd Hafiz Abdul Ghafar berkata, pembenihan awan selama lebih sejam berkenaan dijalankan di Kota Bharu dan Machang. “Sebanyak […]

Subscribe US Now