Mufti komen viral minum susu

webmaster

RANTAU PANJANG – Tindakan menyuap suami dengan susu botol tidak bertentangan dengan Islam namun boleh menjatuhkan imej pasangan itu sendiri.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, aktiviti menyuap suami dengan botol susu konon mahu mencipta kasih sayang sebenarnya dilihat sebagai terlalu kebudak-budakkan.

Menurutnya, umat Islam diajar untuk mencipta keharmonian keluarga melalui pergaulan komunikasi secara terbaik.

“Harap suami isteri meluahkan rasa kasih sayang sebagaimana yang dianjurkan Islam antaranya mandi bersama, suap-menyuap makanan dan bergurau senda.

“Biarpun isteri menjirus air pada suami, ia tidak termasuk dalam sikap kebudak-budakkan kerana ada batas-batas yang perlu dipatuhi, antaranya menutup aurat dan tidak mendedahkan keintiman pada khalayak awam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memimpin Solat Hajat, bacaan Yaasin dan Majlis Tahlil di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, semalam.

Semalam, viral satu video memaparkan aksi pasangan suami isteri menyertai satu acara sukaneka, dipercayai diadakan di negeri ini yang memaparkan si suami meminum susu dari botol sambil diriba pasangan masing-masing. Video berkenaan mendapat perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi. [SINAR HARIAN]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Ustaz Mad berkongsi 26 tahun MBI

Menyingkap pengalaman dan kejayaan sepanjang 26 tahun pentadbiran Kerajaan Membangun Bersama Islam di bawah teraju PAS, khususnya di era kepimpinan YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now