Mufti Wilayah ucap tahniah kepada Dr Abdul Basit

dato-dr-abdul-basit
Timbalan Speaker DUN Kelantan, YB Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman yang juga merupakan ADUN Mengkebang bergambar bersama abangnya Dato’ Dr. Abdul Basit (kiri)

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengucapkan tahniah kepada Musyrif Pondok Sungai Durian, Dr Abdul Basit Abdul Rahman yang dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Maha Mulia (D.K.J.M) yang membawa gelaran Dato’.

Beliau menyatakan demikian menerusi laman facebook, sebagaimana di bawah.

Pada hari ini kami menerima berita sahabat kami, Sahib al-Fadhilah Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Musyrif Pondok Sungai Durian telah dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Maha Mulia (D.K.J.M) oleh KDYMM Sultan Kelantan yg mmbawa gelaran Dato’. Allahu akbar wa lillahil hamd.

Semoga pengurniaan gelaran dan darjah ini menambahkan motivasi dan semangat untuk menyampaikan dakwah dan risalah Islam kepada masyarakat dengan bersungguh-sungguh. Sekalung tahniah kami ucapkan. Barakallahufikum.

Kami berdoa semoga Dato’ Dr. Abdul Basit terus diberi kekuatan, kesihatan dan afiat dalam meneruskan lagi bahtera kehidupan dengan jayanya. [HARAKAHDAILY]

(Visited 71 times, 1 visits today)

Add Comment