MUSIM JEREBU BANYAK MINUM AIR SUAM

webmaster

OLEH SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengingatkan rakyat di negeri ini menjaga kesihatan khususnya di musim berjerebu sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa KerajaanTempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, orang ramai perlu memakai penutup hidung jenis N95 ketika berada di tempat terdedah.

Menurutnya, langkah berkenaan mampu menghalang sekurang-kurangnya 95 peratus zarah terampa kecil bersaiz 0.3 micro daripada memasuki saluran pernafasan.

“Orang ramai juga perlu mengurangkan aktiviti luar khususnya sukan. Membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih dan mengguna penghawa dingin semasa dalam kenderaan juga langkah mengatasi jerebu,” katanya di sini.

Selain itu kata beliau perbanyakkan minum air suam di samping memilih untuk makan di rumah.

Menurutnya, jerebu merupakan keadaan kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) terapung di udara yang mengurangkan jarak penglihatan.

Tambahnya, ia berpunca daripada pembakaran secara terbuka atau asap dari kilang atau kenderaan.

“Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan,” ujarnya.

Menurutnya, jerebu ini memberi kesan buruk kanak-kanak, orang tua, perokok, serta mereka yang bekerja di luar pejabat atau rumah.

Katanya antara kesan jerebu terhadap kesihatan, gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.

Di samping itu mereka yang berisiko akan terasa sukar untuk bernafas, mata pedih dan berair serta kerap bersin. – HARAKAHDAILY 20/9/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13188-musim-jerebu-banyak-minum-air-suam

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MASIH AWAL TUBUH KERAJAAN CAMPURAN

OLEH SALMAH MAT HUSAIN KOTA BHARU: Masih terlalu awal untuk PAS dan Umno menubuh kerajaan campuran di negeri-negeri yang dikuasai kedua-dua parti. Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, kerjasama Umno dan PAS yang dimeterai melalui Piagam Muafakat Nasional seumpama persefahaman secara rasmi. Katanya, kerjasama itu masih awal dan […]

Subscribe US Now