MUSUH INTAI KESALAHAN KERAJAAN NEGERI

webmaster
Menteri Besar menyerah cek kepada Adun Wakaf Bharu.

Oleh: SALMAH MAT HUSAIN | FOTO RIZAL TAHIR

KOTA BHARU: Sejak Oktober 1990 sehingga sekarang pihak lawan tidak pernah berhenti bagi mencari kesilapan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, mereka mencari silap kerajaan negeri dengan cara apa sekalipun.

Katanya, isu yang ditemui disebarkan kepada rakyat sebagai kempen untuk memburukkan imej kerajaan negeri.

“Hasrat utama mereka supaya imej kerajaan negeri rosak dan tercalar pada pandangan rakyat,” ujarnya pada majlis penyampaian sumbangan kepada asnaf di peringkat Dun di Kota Darulnaim di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Abdullah, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.

Baru-baru ini ada pihak cuba meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri punca kematian penduduk Orang Asli di Kuala Koh.

Sedangkan apa yang berlaku kematian penduduk terbabit berpunca demam campak dan bukan pencemaran sungai seperti didakwa pihak terbabit. – HARAKAHDAILY 29/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/12187-musuh-intai-kesalahan-kerajaan-negeri

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

KASUKEL 2019 JANJIKAN ACARA TERBAIK

oleh Norzana Razaly Karnival Sukan Kelantan (KASUKEL) 2019 bakal berlangsung pada 1 – 3 Ogos 2019 yang berlokasi sekitar Kota Bharu, Pasir Mas dan Bachok melibatkan 2100 atlet untuk 17 jenis sukan yang akan dipertandingkan di SUKMA 2020 Johor Bharu. YAB Ustaz Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan, Hj. Ahmad […]

Subscribe US Now