Naik taraf kemudahan asas

webmaster
tmbpasarterapungpulausuri
Pasar Terapung Pulau Suri bakal berubah wajah dengan pelbagai penambahbaikan

TUMPAT– Kerajaan negeri akan menaiktarafkan beberapa kemudahan asas di Pasar Terapung Pulau Suri bagi menjamin keselesaan pengunjung.

TImbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kemudahan asas itu termasuklah tandas, tempat makan, jeti dan surau.

“Pasar Terapung Pulau Suri menjadi tarikan pelancong ke negeri ini sejak beroperasi hampir dua bulan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Pasar Terapung Pulau Suri, kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman.

Mohd Amar berkata, memandangkan kawasan ini masih belum mempunyai surau, pihaknya akan membina surau untuk memudahkan pengunjung dan peniaga menunaikan solat.

Katanya, tempat makan untuk pengunjung akan cuba diketengahkan konsep warisan iaitu membina wakaf daripada buluh dan beratapkan daun nipah.

“Sekarang ini hanya disediakan meja secara terbuka, kita akan bina wakaf daripada buluh untuk tempat makan pengunjung nanti.”

“Pembinaan itu pasti akan menjadikan kawasan itu lebih unik, malah sesuai dengan persekitaran pasar terapung ini,” katanya.

Menurutnya, pendapatan penduduk meningkat sejak wujudnya pasar terapung itu.

“Rata- rata peniaga memperoleh pendapatan sekitar RM300 setiap hari Sabtu bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.”

“Ini satu perkembangan yang baik untuk penduduk pulau,” katanya.

Tambahnya, pelbagai menu makanan perlu ditambah lagi dan perahu peniaga perlu dicat dan dihias dengan lebih menarik lagi sebagai daya tarikan pengunjung.- SINAR HARIAN 7 NOVEMBER 2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

62.5% rakyat Kelantan nikmati air bersih

Pengeluaran air bersih oleh AKSB pada 1990-an sebanyak 228 juta liter sehari (mld). Ia meningkat kepada 467 mld pada 2010. 2016, pengeluaran air bersih oleh AKSB mencecah 540 mld dan tahun 2019 AKSB mensasarkan jumlah pengeluaran 800 mld. Manakala akaun AKSB yang aktif sehingga Oktober 2016 sebanyak 250 ribu. Dengan […]

Subscribe US Now