Negeri lain makin subur pusat hiburan

webmaster

KOTA BHARU: Ketika negeri lain makin subur dengan tempat-tempat hiburan sebaliknya di Kelantan pula pusat pengajian agama terus berkembang.

Apa yang berlaku itu jelas menolak tohmahan liar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Harun yang cuba mengaitkan rakyat Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur dengan kelab malam.

Anggota Exco kerajaan negeri Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, tohmahan liar itu tidak menggambarkan keseluruhan budaya hidup rakyat Kelantan.

Katanya juga institusi pusat pengajian pondok tradisional yang ada di Kelantan sekarang meningkat kepada lebih 40.

“Begitu juga pusat pengajian tahfiz juga melebihi 60 buah. Itu tidak termasuk lagi yang diurus di bawah Yayasan Islam Kelantan,” katanya pada ceramah Israq Mikraj di Pondok Pasir Tumbuh malam tadi.

Hadir sama Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik dan bekas anggota parlimen Baling Dato’ Taib Azamudden Md Taib dan ahli jemaah pengurusan pondok terbabit.

Program itu diadakan sempena sambutan ulangtahun 65 Pondok Pasir Tumbuh.

Baru-baru ini Pengerusi SPR dilapor berkata, setiap kali pilihan raya 60,000 pengundi balik ke Kelantan untuk mengundi menyokong hudud sedangkan di Kuala Lumpur mereka pergi ke kelab malam.

Tuan Mohd Saripudin berkata, apa yang disebut Pengerusi SPR terbabit merupakan kes terpencil bertentangan dengan budaya majoriti rakyat Kelantan. – HARAKAHDAILY 4/4/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10495-negeri-lain-makin-subur-pusat-hiburan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan boleh anjur program khas artis

KOTA BHARU: Artis-artis anak Kelantan khususnya wanita memerlukan suntikan tazkirah agama dan program dakwah bagi mengelakkan mereka tersasar melayari bahtera kehidupan. Artis Fara Aina, 26, mencadangkan usaha itu dilakukan kerajaan negeri dengan mengadakan pertemuan dengan artis, di samping mengeratkan lagi hubungan. Katanya, sebagai seorang Muslim mereka perlukan tazkirah agama bagi melengkapkan […]

Subscribe US Now