NGO bantu ahli terjejas PKP

webmaster

KOTA BHARU: NGO Minda Evolusi Rempit Anak Muda Kelantan (MERAK) turut mengembleng usaha bagi membantu 50 ahlinya yang kini terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusinya Mohd Azaizuree Ahmad berkata, sumbangan itu bagi meringankan bebanan ahlinya yang tidak dapat bekerja sekarang.

Katanya sumbangan itu diagihkan kepada mereka yang tidak tersenarai dalam bantuan kerajaan sempena PKP.

“Untuk itu kami tampil membantu mereka sekadar yang termampu,” katanya selepas menerima sumbangan daripada Koperasi Ummah (Ko-Ummah) di Wisma Ko-Ummah semalam.

Pengerusi Ko-Ummah Luqman Nurhakim pula berkata, pihaknya membantu sebagai menyahut seruan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob bagi meringankan bebanan penduduk yang terjejas.

MERAK mempunyai ahli di seluruh Kelantan, di mana sebahagian besar bergiat cergas dalam sukan bina badan.- HARAKAHDAILY 7/4/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/07/ngo-bantu-ahli-terjejas-pkp/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lantikan politik harus selari aspirasi kerajaan

KUALA LUMPUR: Semua lantikan politik di agensi seluruh kementerian termasuk GLC akan dibuat penilaian semula supaya ianya selari dan selaras dengan aspirasi kerajaan baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Ahmad Marzuk Shaary menyatakan demikian ketika diminta mengulas sikap biadab beberapa […]

Subscribe US Now