NGO Kelantan bina telaga tiub di sempadan Myanmar

webmaster

 

KOTA BHARU: NGO Cakna Palestin dan Royalti melaksanakan projek membina 25 telaga tiub di Kem Pelarian Kutupalong, Teknaf di sempadan Myanmar dan Rakhine.

Projek terbabit dilaksanakan juga di Teka, Rohingya bagi mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan pelarian Rohingya.

Timbalan Presiden II Cakna Palestin, Abdul Shakur Sharrie berkata program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam SeMalaysia (MAPIM).

Katanya, Royalti dan Cakna Palestin bersama Advance Team Food Flotilla for Mynmar berada di Bangladesh dalam misi bantuan kemanusiaan Rakhine, Mynmar baru-baru ini.

“Kami berada di Bangladesh pada 6 hingga 10 Februari lepas bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang berada di sana,” katanya di sini.

Menurutnya juga bantuan turut disampaikan kepada institusi pendidikan pelarian Rohingya di Bangladesh antaranya Abu Bakar As Siddique Education Centre dan Madrasah Khalid Ibnu Walid.

Kata beliau jumlah pelarian Rohingya di Bangladesh sekarang lebih 70,000 orang dan jumlah itu sentiasa bertambah.

“Terima kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan media, Advance Team FFFM, kerajaan Bangladesh dan rakyat Malaysia yang menyumbang,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/2/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MB Kelantan mengimami solat Zohor di Padang Merbok

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad Yakob memimpin solat Zohor berjemaah di Padang Merbok dalam Himpunan 355. Ustaz Ahmad turut menyeru kepada semua Menteri Besar beragama Islam menyokong pindaan Akta 355. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now