Nilai RM turun, GST punca perniagaan merosot

webmaster

KEMEROSOTAN nilai Ringit Malaysia, bebanan GST dan kedudukan pasar dikenal pasti antara punca kemerosotan perniagaan di kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang.

“Nilai matawang yang jatuh ditambah pula harga barang semakin mahal menjejaskan hasil jualan peniaga di sini,” kata Menteri Besar.

Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob menjelaskan perkara itu ketika berucap pada program taklimat sempena pemukiman Menteri Besar di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, di Bandar Baru Pasir Mas hari ini.

Oleh itu beliau berkata, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memajukan perniagaan di Pekan Rantau
Panjang.

Menurutnya juga kualiti produk perlu dijaga untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Nasuruddin Daud, Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dan Ketua Jajahan Pasir Mas,  Mohd Nor Husin. – HARAKAHDAILY 24/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pertandingan dikir dakwah kebangsaan

SEBELUM ini jarang kita mendengar ada pertandingan dikir berbentuk dakwah kecuali persembahan nasyid sahaja. Namun sempena Festival Kesenian Dakwah dan Halal Kelantan 2017, sebanyak 15 pasukan dikir barat dakwah berentap bagi merebut kejuaraan. Pasukan terbabit menyertai saringan bagi memilih empat pasukan di pertandingan akhir dikir barat dakwah peringkat peringkat kebangsaan 2017 […]

Subscribe US Now