Non-muslim turut pertahan Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Masyarakat Cina, Siam, India dan Orang Asli di Kelantan turut mempertahankan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama.

Mereka akan menzahirkan komitmen tersebut pada Himpun Bangkit Pertahan anjuran kerajaan negeri pada 16 Mac ini di Padang Perdana.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, masyarakat terbabit akan hadir pada program berkenaan bagi sama-sama mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

Katanya, penduduk Orang Asli dari Gua Musang akan menyewa bas untuk datang pada program tersebut dengan kerjasama PAS kawasan tersebut.

“Begitu juga masyarakat Cina, Siam dan India akan turut mempamerkan kesungguhan mereka mempertahan kerajaan negeri,” katanya di sini.

Himpunan Bangkit Pertahan bermula jam 9 pagi dengan kuliah selebriti dakwah, Ustaz Azhar Idrus.

Sebelum ini orang ramai yang hadir akan mengikuti kemerduan bacaan al Quran oleh johan tilawah al Quran antarabangsa, Ustaz Wan Ainuddin Hilmi Abdullah dan Johan Tilawah Peringkat Negeri 2017, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi.

Pada sebelah petang pula akan diadakan program belia di Padang Perdana dan muslimat di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI).

Pada 6.30 petang akan diadakan jamuan rakyat. Kuliah Maghrib akan disampaikan mantan Mufti Kedah, Dato’ Syeikh Dr Muhammad Baderuddin Ahmad.

Solat hajat pula akan diimamkan Timbalan Mufti Kelantan, Dato’ Nik Abdul Kadir Nik Muhammad.

Acara kemuncak dimulakan persembahan lagu tema Bangkit Pertahan oleh Shoutul Amal dan wakil kaum dan NGO pula akan berucap mewakili kelompok masing-masing.

Ucapan pimpinan pula membariskan bekas menteri, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, wakil masyarakat Cina dari Pulau Pinang.

Selain itu Timbalan Menteri, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. –HARAKAHDAILY 7/3/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan sumbang RM49,600 pelajar ke Timur Tengah

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan membelanjakan sejumlah RM49,600 untuk diberikan kepada 248 orang pelayar Yik yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah. Sumbangan itu disampaikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, sebagai cenderahati kerajaan negeri di atas kejayaan mereka. Majlis yang turut dihadiri ibu bapa kepada pelajar berkenaan telah diadakan […]

Subscribe US Now