Obama Tidak Hormat Dasar Bernegara Malaysia

webmaster

Kenyataan Media
Ketua Penerangan DUPP

Obama Tidak Hormat Dasar Bernegara Malaysia

1. Perkahwinan sejenis bukan satu hak tetapi ia satu pencabulan hak kemanusiaan dan hak ketuhanan. Tuhan tidak mencipta lelaki untuk berkahwin sesama lelaki atau perempuan sesama perempuan. Ia adalah perlakuan songsang yang cuba dihalalkan atas nama undang-undang dan hak asasi manusia.

2. Apabila Obama secara terbuka mengajak rakyat Malaysia menghormati kononnya “hak perkahwinan sejenis” ia menggambarkan betapa songsangnya cara berfikir Presiden Obama yang bercanggah dengan naluri kemanusiaan yang normal.

3. Obama juga tidak belajar untuk menghormati norma, dasar dan asas bernegara sesebuah negara. Malaysia adalah negara yang menegaskan “Islam agama Persekutuan”. Negara ini adalah negara beragama yang meletakkan antara Rukunegaranya ialah “kepercayaan kepada Tuhan”. Agama mana yang mempercayai kewujudan Tuhan yang membenarkan perkahwinan sejenis??

4. Adil pada perhitungan Obama ialah apabila memberi hak kepada semua kehendak dan tuntutan rakyat meskipun songsang. Sedang adil yang sebetulnya ialah memberikan hak kepada yang berhak. Adakah setiap insan mempunyai hak untuk berkahwin sesama jenis? Jawapannya, tidak. Hak mereka ialah untuk berkahwin antara lelaki dan perempuan dan bukannya berkahwin sesama jenis yang merupakan perlakuan songsang seorang manusia. Itu bukannya “hak”, tetapi pencabulan hak kemanusiaan dan pencabulan “hak” Tuhan yang tidak mencipta manusia untuk itu.

5. Kita perlu mengiktiraf hak kemanusiaan untuk hidup berasaskan lunas-lunas normal kemanusiaan bukannya mengiktiraf manusia untuk berkelakuan songsang daripada norma kemanusiaan.

Sekian.

Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri

Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahad 22hb Nov 2015

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan siap sedia hadapi banjir

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan bersiap siaga untuk menghadapi musim tengkujuh dan bencana banjir yang akan berlaku bila-bila masa sahaja. Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, satu  jawatankuasa khas di bawah seliaan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Rawi akan memantau perkara ini dari semasa […]

Subscribe US Now