Operasi cegah maksiat tetap diteruskan

webmaster

KOTA BHARU: Penguatkuasa agama di Kelantan tetap meneruskan tanggungjawab menangani kegiatan tidak bermoral dengan mengadakan pemeriksaan secara tidak berkala.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Dato’ Mohd Nassurudin Daud berkata, pemeriksaan itu dilakukan sama ada terdapat laporan atau tidak berkaitan kegiatan tersebut.

“Kita tidak akan biarkan kegiatan tidak bermoral itu terus berlaku bimbang datangnya bala kerana angkara tangan-tangan manusia itu sendiri.

“Sebelum ini ada kenyataan yang menyebut kerajaan tidak boleh bertindak ke atas premis peribadi bagi membendung kegiatan tidak bermoral, itu tidak betul,” katanya pada persidangan Dun Kelantan di sini, hari ini.

Soalan mengenai perkara itu dibangkit Dato’ Mohamad Awang (PAS-Gual Periuk).

Mohd Nassurudin juga berkata, kerajaan perlu bertindak bagi menutup lorong yang boleh menbawa kepada kerosakan.

Kata beliau seseorang tidak cakap itu hak peribadi dan hanya dosa individu dengan Allah.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa dilapor berkata, apa yang dilakukan seseorang di sebalik pintu tertutup bukan urusan kerajaan. – HARAKAHDAILY 29/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8550-operasi-cegah-maksiat-tetap-diteruskan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Belanjawan Kelantan 2019 ambil kira royalti

KOTA BHARU: Belanjawan Kelantan 2019 akan ditambah sekiranya kerajaan pusat menunaikan janji untuk membayar royalti minyak dan gas kepada negeri tersebut. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri menaruh keyakinan tinggi agar komitmen Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed itu direalisasikan. Menurut beliau, bayaran hasil royalti Kelantan […]

Subscribe US Now