Operasi Gempur Aurat bermula

tech

TUMPAT – Majlis Daerah Tumpat (MDT) akan mengerakkan Operasi Gempur Aurat Rabu ini bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita tanggungjawab menutup aurat.

Sebelum itu pelancaran Kempen Menutup Aurat disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi di pekarangan Pasar Wakaf Bharu.

Melalui operasi tersebut, premis perniagaan di sekitar Dun Wakaf Bharu, Dun Pasir Pekan, Kelaboran dan Pengkalan Kubor akan diperiksa agar pekerja premis mematuhi etika berpakaian.

Che Abdullah berkata, ini satu usaha berterusan kerajaan negeri dengan pihak berkuasa tempatan dan juga pimpinan setempat melaksanakan peraturan menutup aurat tersebut.

Menurutnya, selain operasi itu, kempen kesedaran mengenai tanggungjawab menutup aurat dalam kalangan wanita turut dipergiatkan.

“Ia kempen berterusan, bermula khutbah pada Jumaat lalu, ada dikupas tanggungjawab menutup aurat itu.

“Setiap program kerajaan negeri juga akan diselitkan tazkirah yang turut menyentuh isu menutup aurat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Menutup Aurat Peringkat Jajahan Tumpat.

Sempena pelancaran itu, 40 banting ‘Aurat Dijaga’ diedarkan ke masjid-masjid salah satu kempen meningkatkan kesedaran menutup aurat tersebut.

Hadir sama, Setiausaha MDT, Ahmad Munir Mohd Nasir dan Penyelia Dun Pengkalan Kubor, Muhammad Derahman.

Pada pelancaran itu, turut diadakan ceramah agama Aurat Saya Maruah Saya oleh penceramah Saibon Ismail.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Nasi berlauk cuma RM2

KETIKA kebanyakan harga barangan meningkat, masih ada peniaga yang bermurah hati menjual makanan dengan harga murah. Di Kota Bharu, Kelantan, terdapat beberapa lokasi yang menawarkan hidangan yang sama seperti di tempat lain, tetapi pada harga lebih rendah daripada biasa. Salah satu daripadanya, gerai nasi berlauk RM2 yang terletak di cabang […]

Subscribe US Now