OPERASI KEDAI MAKAN DIHAD JAM 12 MALAM

webmaster

OLEH MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Operasi kedai makan di Kelantan mulai tahun depan akan dihadkan tidak melewati jam 12 malam sebagai usaha mengekang gejala sosial.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, hasrat untuk mengekang gejala sosial dalam kalangan belia akan dilaksanakan bermula pada tahun hadapan.

Katanya sebelum ini kajian terperinci bagi mengenal pasti punca golongan belia sering keluar rumah pada waktu malam antaranya kerana operasi restoran melebihi 12 malam.

“Kita berhasrat untuk melaksanakan peraturan itu di mana kegiatan pada waktu malam tidak melebihi jam 12 malam.

“Jadi kita minta semua kakitangan kerajaan memberi sokongan penuh. Semakan dilakukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya dapat kurangkan tarikan anak-anak muda ketika berada di luar.

“Kita akan laksanakan peraturan itu pada 2020,” katanya pada Perutusan Khas Menteri Besar bersama Kakitangan Awam Kerajaan Negeri sempena 29 tahun pentadbiran Membangun Bersama Islam di sini hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Dato’ Abdullah Ya’kub dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad. – HARAKAHDAILY 21/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13674-operasi-kedai-makan-dihad-jam-12-malam

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

SEKTOR PENDIDIKAN DI'SERANG': KEMENTERIAN DIGESA TEGAS

DALAM perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2020 semalam, saya telah menggesa Kementerian Pendidikan agar lebih tegas berhadapan dengan ‘serangan’ bertali arus terhadap sektor pendidikan akhir-akhir ini. Tiga insiden besar yang berlaku menunjukkan beberapa kelompangan (vacum) terhadap longgarnya pemantauan terhadap sektor pendidikan negara. Bermula dengan kes Debat Piala Tun Razak yang memaparkan […]

Subscribe US Now