Orang Asal ‘blockade’ dibawa ke mahkamah

webmaster

balak2GUA MUSANG: 47 Orang Asal hari ini dibawa ke Mahkamah Gua Musang bagi mendapat tahanan reman selepas didapati melanggar Akta Perhutanan 1984.

Ia dilakukan bagi disiasat di bawah akta tersebut ekoran membina sekatan dalam hutan simpan kekal serta beberapa kesalahan lain.

Beberapa individu dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik PAN dan PSM dilihat hadir di Mahkamah termasuk aktivis orang asli, Siti Kasim.

Kehadiran mereka memperlihatkan kemungkinan orang asli dipergunakan bagi kepentingan politik untuk memberi tekanan kepada kerajaan negeri.Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Operasi, Radhi Chu Abdullah berkata, mereka yang terlibat akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Gua Musang.

“Mereka diambil tindakan pendakwaan mahkamah di bawah kesalahan seksyen 32 dan seksyen 47, seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya.

Menurutnya jika disabit kesalahan menduduki tanpa permit, setiap individu akan didenda sebanyak RM50,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Semalam Jabatan Perhutanan serta beberapa agensi penguatkuasa lain terpaksa meruntuhkan sekatan selepas rundingan yang bermula Mac lalu gagal.

Kebuntuan tersebut dipercayai disebabkan wujud campur tangan pihak luar bagi mencari kesalahan kerajaan negeri dalam aktiviti pembalakan di Gua Musang. – HARAKAHDAILY 30/11/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Buku Peranakan Cina Kelantan

KOTA BHARU – Sebuah buku bertajuk Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu yang mendokumentasikan warisan kaum peranakan Cina negeri ini telah dilancarkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, di sini semalam. Buku  hasil kajian dan tulisan Zinitulniza Abdul Kadir itu juga turut mengisahkan mengenai kelangsungan hidup […]

Subscribe US Now