Orang Asal: Kelantan sedia runding dengan Pusat

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia mengadakan rundingan dengan Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan isu berbangkit membabitkan Orang Asal di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, masalah yang timbul bukan membabitkan isu pembalakan semata-mata.

Malah menurutnya, ia juga melibatkan beberapa isu lain termasuk berkaitan pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asal (JAKOA).

“Mengikut maklumat yang diperolehi ia bukan soal pembalakan sahaja. Mereka juga tidak puas hati berkenaan pengurusan JAKOA khususnya isu kebajikan.

“Isu ini berkait, jadi kalau Kerajaan Pusat hendak jumpa dengan kerajaan negeri kita alu-alukan,” ujarnya selepas mesyuarat mesyuarat Exco di Kota Darul Naim hari ini.

Baru-baru ini sekumpulan Orang Asal di Gua Musang mendirikan sekatan sebagai protes terhadap aktiviti pembalakan dan perlombongan di kawasan terbabit.

Tiga sekatan dibina di Cawas, Pos Bihai, Pos Tohoi dan Kuala Wook.

Mohd Amar memaklumkan tidak semua Orang Asal bersetuju dengan tindakan yang dilakukan Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (Jaringan) melakukan sekatan tersebut.

“Kerajaan negeri tidak boleh mengadakan rundingan dengan Jaringan memandangkan mereka pertubuhan tidak berdaftar,” jelasnya. –HARAKAHDAILY 28/2/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan simpan 10 kg jongkong emas setahun

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperkenalkan kaedah pungutan baharu royalti emas dengan menetapkan 2 peratus daripada 10 peratus bayaran royalti dibuat dalam bentuk jongkong emas. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, kaedah itu dilaksana bermula tahun lepas. Katanya, kerajaan negeri menjangka sekurang-kurangnya 10 kilogram jongkong emas boleh disimpan […]

Subscribe US Now