Orang Asli di Kuala Koh tidak pernah disisih

webmaster

KOTA BHARU: Selain terdapat penempatan khas dibina kerajaan di Kuala Koh, masyarakat Orang Asli di situ sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri.

Penduduk Orang Asli di Kuala Koh menerima sumbangan daripada Ustaz Tuan Saripudin Tuan Ismail.

Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Nazman Che Iberahim berkata, isu Orang Asli di Kuala Koh Gua Musang sengaja disensasikan bagi mengaitkan kegagalan kerajaan negeri.

Sedangkan katanya, suku kaum Bateq di Kuala Koh dan tempat-tempat lain sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri termasuk menyalur bantuan makanan dan perubatan kepada mereka.

“Ada pihak mengambil peluang dengan isu kematian Orang Asli menuduh kerajaan negeri mengabaikan masyarakat Orang Asli suku Bateq di Kuala Koh.

“Pada 15 dan 16 Mac lalu rombongan kerajaan negeri diketuai anggota Exco Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan beberapa NGO berpadu tenaga menyantuni Orang Asli Kuala Koh,” katanya di sini.

Menurutnya pada kunjungan itu pelbagai bantuan dihulur termasuk beras dan pelbagai makanan kering.

Selain itu kit perubatan, pemeriksaan kesihatan percuma, mengajar mereka cara menggosok gigi, menggunakan sabun dan menjaga kebersihan diri.

Katanya, misi kedua ke Kuala Koh diadakan pula pada 27 April lalu dengan membawa pasukan perubatan.

Penyelia Dun Paloh Ustaz Azman Ahmad pula berkata, beliau dan rombongan PAS Gua Musang sering masuk ke penempatan Orang Asli di Kuala Koh bagi menyampaikan pelbagai bantuan kepada mereka.

Malah katanya, misi dakwah juga sering bertandang ke Kuala Koh di samping menghulurkan pelbagai bantuan kepada penduduk tempatan. – HARAKAHDAILY 11/6/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11431-orang-asli-di-kuala-koh-tidak-pernah-disisih

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AKSB hantar air bersih ke Kuala Koh

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mulai hari ini menghantar bekalan air bersih ke penempatan Orang Asli di Kuala Koh Gua Musang. Penghantaran itu menggunakan lori 5 tan yang diisi dua tangki 800 gelen setiap satu. Selain itu turut dibekal dua tangki statik bersaiz 500 gelen. Bekalan diambil dari Loji […]

Subscribe US Now