Orang Asli: Pusat setuju tindakan Kelantan

webmaster

KOTA BHARU: Kerajaan Pusat bersetuju dengan tindakan yang diambil Kerajaan Kelantan bagi menyelesaikan isu tuntutan tanah oleh Orang Asli di Gua Musang.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, R. Sivarasa berkata, dengan menjadikan beberapa kes mahkamah terdahulu sebagai garis panduan amat wajar diambil kira.

Menurutnya, begitu juga langkah diambil kerajaan negeri berhubung proses pewartaan tanah rizab masyarakat itu yang dibuat secara berperingkat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengunjungi Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Pertemuan sejam itu diadakan di bilik pejabat timbalan menteri besar itu di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Katanya, Kerajaan Pusat bersedia membantu kerajaan negeri melancarkan proses pewartaan itu yang kini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan.

“Secara dasarnya, pendirian Pusat mengenai isu tanah Orang Asli ini sama dengan dasar kerajaan negeri.

“Kita bersetuju supaya kes ini diselesaikan mengikut panduan daripada kes-kes mahkamah terdahulu,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Amar, mengucapkan terima kasih di atas kesudian timbalan menteri itu mengunjunginya.

Katanya, diharap kunjungan itu akan memberi kebaikan yang lebih baik untuk rakyat. – HARAKAHDAILY 24/9/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8207-orang-asli-pusat-setuju-tindakan-kelantan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Komitmen Kerajaan Negeri Kelantan Dalam Menjaga Kelestarian Hutan

1. Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa memberi komitmen dan perhatian bagi menjaga kelestarian hutan dan alam sekitar dalam Negeri Kelantan. Di bawah Seksyen 10(1)(e) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985, Hutan Tadahan Air (HTA) merupakan salah satu daripada kelas fungsi bagi Hutan Simpan Kekal (HSK) di bawah kelas Hutan Perlindungan. Maka, […]

Subscribe US Now