Orang luar buat onar

webmaster

22hm58zuhhg.transformedKota Bharu: Dalang sindiket penerokaan Hutan Simpan Kekal (HSK) secara haram di Ulu Galas, Gua Musang dikesan membabitkan individu yang tinggal di luar Kelantan termasuk Kuala Lumpur.

Berikutan itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, usaha menahan mereka menjadi sukar kerana kelicikan kumpulan itu menyembunyikan diri.

Katanya, penahanan sindiket yang menggunakan nama Sultan Kelantan dan kerabat diraja itu antara yang terbesar kerana sebelum ini pihak berkuasa hanya menahan pekerja bawahan.

“Mereka menjual lot yang diteroka kepada penduduk kampung termasuk tanah yang diusahakan dengan pelbagai tanaman.

“Penduduk tertarik membeli lot tanah kerana harga yang murah, sekitar RM3,000 selain sifat penduduk Kelantan yang suka mengumpul tanah.

“Sindiket sukar dikesan walaupun mereka sudah lama meneroka tanah kerana ia dilakukan di dalam hutan tapi penguatkuasaan sentiasa dijalankan pihak berkuasa termasuk Pasukan Khas Penerokaan Haram yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu.

“Jika ada penerokaan haram ini, orang ramai boleh membuat laporan dan tindakan tegas akan diambil termasuk oleh pihak polis sebelum didakwa di mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Makan Tengah hari bersama Media Kelantan di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, terdapat beberapa kes yang sudah didakwa kerana mempunyai bukti yang kukuh.

Ketika ditanya sama ada terdapat pemimpin atau kerajaan negeri bersekongkol memberi kelulusan kepada sindiket penerokaan HSK, beliau berkata, setakat ini penduduk kampung atau individu yang berkunjung ke pejabat kerajaan negeri untuk kebenaran mohon geran tanah yang sah.

“Saya tidak pernah memberi kelulusan kepada sindiket kerana hanya Jawatankuasa Kecil Perundangan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob yang mempunyai kuasa berkenaan.

“Begitu juga kuasa menebang balak, kebanyakan mereka akan menebang di luar kawasan yang diluluskan dan ia dapat dikesan melalui peralatan khas,” katanya.

Mohd Amar berkata, sindiket yang menggunakan nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan kerabat diraja itu tidak diketahui pihak istana dan perkara itu juga tidak dimaklumkan kepada Sultan.

Harian Metro, semalam melaporkan, empat individu ditahan berhubung penerokaan HSK secara haram oleh sindiket yang menggunakan nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan kerabat diraja.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bantu penternak ikan sangkar

TUMPAT – Kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan kepada penternak ikan sangkar yang rugi apabila ikan mati akibat fenomena El Nino di lagun Sri Tujoh. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, kerajaan negeri akan membantu bagi meringankan penderitaan penternak ikan sangka itu. “Kita […]

Subscribe US Now