‘Orang mati’ pun kena GST

webmaster

HEBATNYA kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila GST yang dilaksanakan sejak empat tahun lepas turut melibatkan urusan pengembumian jenazah.

Rozi Muhamad (PAS-Tendong) berkata, keluarga si mati yang membeli kelengkapan jenazah juga terpaksa membayar GST.

“Usahkan orang kaya yang masih hidup, orang mati pun dikenakan juga GST,” katanya ketika membahas ucapan bajet Kelantan 2017 pada persidangan Dun hari ini.

Beliau juga mencadangkan kerajaan menganjur kursus kepada wakil rakyat pembangkang yang dianggap kurang faham mengenai GST.

Sebelum itu Datuk Nozula Mat Dia (BN-Paloh) ketika bangun mencelah berkata, hanya orang kaya yang dikenakan GST.

“Masih ada lagi wakil rakyat dalam Dun ini yang tidak faham apa maksud GST sehingga menyebut hanya orang kaya yang dikenakan GST,” katanya.

Nozula berkali-kali bangun bagi menegakkan pendiriannya biarpun menyimpang daripada maksud asal GST. – HARAKAHDAILY 21/11/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lakonan Airmata ADUN Paloh Pada Hari Terakhir Sidang DUN (Belanjawan)

SEMASA sesi perbahasan bajet 2018 semalam, sepuluh orang ADUN telah mengambil bahagian. Bermula dgn Melor, Gual Periok, Ayer Lanas, Selising, Gaal, Perupok, Tendong, Kok Lanas, Salor dan berakhir dengan Kelaboran. Setelah tamat perbahasan YB Kelaboran tidak ada seorang Ahli Dewan yang bangun untuk membuat perbahasan termasuk YB Paloh. Bahkan sepanjang […]

Subscribe US Now