Orang ramai berpeluang lihat Artifak Rasulullah di Muzium Negeri

muziummejarartifakKOTA BHARU: Masyarakat Islam di Pantai Timur dan selatan Thailand berpeluang artifak Rasulullah SAW dan sahabat baginda tanpa perlu berkunjung ke Makkah atau Madinah.
Kini pameran itu diadakan di Muzium Negeri bermula 5 Oktober lalu dibuka bermula jam 10 pagi – 10 malam sehingga 15 November hadapan.

Pengarah Muzium Negeri, Mohamad Nazwan Ismail berkata, sambutan pameran itu begitu menggalakkan di mana ada pengunjung datang dari selatan Thailand, Terengganu dan Pahang.

Katanya sehingga sekarang pelajar paling ramai mengunjungi pameran berkenaan.“Orang ramai yang hadir dapat meningkatkan rasa cinta kepada Rasulullah dan melihat sejarah awal perkembangan Islam,” katanya.

Pameran itu akan dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob di Medan Ilmu esok, selepas menyampaikan kuliah pagi Jumaat kira-kira jam 10.30 pagi.

Nazwan juga berkata sebanyak 1,200 banting, 50,000 keping risalah dan 30 disediakan bagi iklan pameran tersebut.

Antara artifak yang dipamerkan termasuk sukatan zakat Baghdad, blok khutbah Jumaat, Tok Kenali dan cop mohor. – HARAKAHDAILY 13/10/2016

(Visited 19 times, 1 visits today)

Add Comment