Orang Ramai Dijemput Memeriahkan Majlis Tilawah

KOTA BHARU – Kehadiran orang ramai dialu-alukan bagi memeriahkan lagi Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1440 H/ 2019 M yang akan diadakan di Dewan Besar Kompleks Islam Darulnaim, Lundang bermula 11 hingga 14 Februari 2019 ini.

Sidang Media bersama Timbalan Pengarah JAHEAIKKemuncak majlis selama empat hari itu ialah pada 14 Februari iaitu Majlis Pengurniaan Hadiah Menghafaz dan Tilawah Al-Quran yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, demikian menurut Timbalan Pengarah JAHEAIK, Dr. Hasnan Haji Ramli pada sidang media di Balai Islam Lundang pagi tadi.

Menurutnya, cadangan tema Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran pada tahun ini ialah “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”. UPKN KELANTAN 10/2/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment