Pakar Qiraat yakin Kelantan kekal di bawah ulama

webmaster

KOTA BHARU: Ketua Bahagian Iqra’ dan Qiraat di Pertubuhan Natadabbarah Makkah al-Mukarramah di Arab Saudi, Syeikh Hisham Abdel Bari yakin kerajaan Kelantan kekal di bawah kepimpinan ulama.

“Saya mahu memberitahu berita gembira kepada kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat Kelantan bahawa pemerintahan ini terus kekal di bawah pemerintahan yang ada sekarang.

“Ini adalah kerana mereka menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam pemerintahan, pastinya kerajaan dan rakyatnya akan dijaga Allah kerana kita menjaga al-Quran,” katanya pada perasmian Akademi al Quran Bandar Raya Islam MPKB-BRI di pekarangan Masjid Taqwa di Bandar Satelit Pasir Tumboh hari ini.

Perasmian disempurnakan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Abdul Fattah Mahmood dan Yang Dipertua MPKB BRI, Dato’ Zamri Ismail.

Syeikh Hisham juga mengendali Pusat al Quran Ibnu Nafi’ di Iskandariayh, Mesir.

Menurutnya, beliau diminta gurunya, Prof Dr Isa al Mi’sharawi tinggal di Kelantan sekarang kerana negeri ini ada potensi untuk membangunkan ilmu-ilmu al-Quran. – HARAKAHDAILY 13/4/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Medan Ilmu: Pemimpin Umno langgar peraturan PBT

KOTA BHARU: Tindakan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Seri Mustapa Mohamed menamakan Medan Ilmu sebagai Dataran Tok Pa menyalahi peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT). Anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Abdul Fattah Mahmood berkata, setiap nama jalan atau dataran di tempat awam perlu memohon kepada PBT terlebih dahulu. Namun, katanya Majlis […]

Subscribe US Now