Pameran Dunia Animasi pikat 100,000 pengunjung

KOTA BHARU: Kelantan menjadi negeri pertama menjadi pilihan Pavilion Planet Sdn Bhd menganjurkan Pameran Dunia Animasi.

Seramai 100,000 orang dijangka mengunjungi pameran berkenaan yang diadakan bermula 1 November lepas sehingga 31 Disember hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abdul Rahman berkata, pameran julungkali itu diadakan di Muzium Negeri Kelantan.

Katanya, pameran berkenaan dijangka menarik pengunjung bukan hanya penduduk tempatan khususnya kanak-kanak, sebaliknya dari luar negeri.

“Setakat ini jumlah pengunjung seramai 28,000 orang yang datang untuk menyaksikan pameran itu.

“Secara tidak langsung ia turut meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong domestik ke Kelantan,” ujarnya pada sidang media di Muzium Negeri hari ini.

Pameran itu dibuka bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari dengan dikenakan tiket RM8 dewasa dan RM5 kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah.

Md Anizam juga berkata, persembahan maskot animasi turut diadakan antaranya Iman dan Sara, Cam dan Leon, Cheek-e’s Buddies dan Didi And Friend. – HARAKAHDAILY 14/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8714-pameran-dunia-animasi-pikat-100-000-pengunjung

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment