Pampasan kecil mangsa kemalangan kereta k’jaan

webmaster

KUALA LUMPUR: Mangsa kemalangan melibatkan kenderaan kerajaan mungkin hanya akan menerima jumlah pampasan yang kecil berikutan pengurangan besar peruntukan berkaitan dalam Belanjawan 2019.

Kebimbangan tersebut disuarakan Dato’ Takiyuddin Hassan (PAS – Kota Bharu) ketika membahas mengenai bayaran tuntutan insurans dan pampasan pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen, semalam.

Belanjawan kali ini mengurangkan peruntukan tersebut sebanyak dua pertiga iaitu sebanyak RM60,000 sahaja berbanding pada tahun lalu dengan jumlah sebanyak RM180,000.

Mengemukakan pengalamannya selaku peguam, kenderaan kerajaan katanya, tidak dilindungi insurans menyebabkan sebarang tuntutan kemalangan melibatkan orang awam perlu dibayar sendiri.

Terangnya, walaupun kes tuntutan kemalangan membenarkan tawaran penyelesaian luar mahkamah, namun tawaran sedia ada diberikan pihak kerajaan kepada mangsa kemalangan biasanya lebih rendah daripada kenderaan yang dilindungi insurans.

“Jadi mangsa ini tidak ada pilihan selain daripada menerima tawaran daripada kerajaan,” ujarnya mengemukakan soalan menuntut penjelasan pihak kerajaan. – HARAKAHDAILY 27/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8896-pampasan-kecil-mangsa-kemalangan-kereta-k-jaan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Waytha dituntut mohon maaf, tarik kenyataan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy Ponnusamy dituntut meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau yang memburukkan maruah Malaysia di mata dunia, demikian gesa Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS – Rantau Panjang). Menurutnya, sejak video klip Menteri itu tersebar hingga ke hari ini, Waytha belum lagi […]

Subscribe US Now