PAN tiada ruang di Pantai Timur

webmaster

KOTA BHARU: Usaha Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai oleh DAP untuk mendapatkan sokongan Melayu terus menemui jalan buntu.

Parti Amanah Negara (PAN) dilihat gagal bagi merealisasikan hasrat DAP itu selepas menyingkirkan PAS daripada Pakatan Rakyat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, penubuhan PAN, DAP mengharapkan dapat menarik sokongan Melayu.

“Namun dua pilihan raya kecil sebelum ini menjadi bukti PAN gagal dan majoriti besar dalam kalangan ahli masih bersama PAS.

“Kecuali beberapa bekas pimpinan yang kecewa, bermasalah dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya pagi tadi.

Katanya, satu lagi cara untuk menguasai undi melayu ialah berusaha menarik parti serpihan Umno iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Baru itu, untuk mengekalkan atau menagih sokongan Melayu Islam, PPBM tidak mempunyai banyak pilihan melainkan bersama PAS.

“Andainya Hari ini  PPBM dilihat jelas menyokong DAP, atau menyokong bonekanya, PAN maka hari ini juga sokongan Melayu Islam terhadap PPBM mula menjauh,” katanya.

Jelas beliau, pilihan terbaik PPBM adalah bersama PAS dalam kerangka untuk mengganti Umno serta memperkasakan orang Melayu.

“Penyokong-penyokong Bersatu saya yakin terdiri daripada orang yang tidak boleh menerima perjuangan yang dibawa oleh DAP dan bonekanya.

“Walaupun Bersatu mendapat simpati dan sokongan daripada mereka yang tidak berpuas hati dengan Umno dan sebagainya,” katanya.

Katanya lagi, PAS sudah membuat pendirian yang tegas tidak akan bersama DAP dan PAN kerana kedua-dua parti berkenaan mengkhianati perjuangannya.

“Itu merupakan satu kenyataan cukup jelas, kalau Bersatu berminat dengan PAS dia kena pilih untuk bersama PAS.

“Walaupun saya sebut atau tidak, itulah pilihan yang ada iaitu DAP atau PAS,” katanya sebagai cadangan kepada PPBM.

Bagi beliau, PAN hanyalah parti serpihan dilahirkan bagi menjadi tongkat.

Tambahnya, di Pantai Barat, PAN menjadi  tongkat kepada DAP dan di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu mereka menjadi tongkat Kepada Umno yang akan memberikan  talian hayat kepada Umno untuk memenangi kerusi kerusi di Pantai Timur. – HARAKAHDAILY 15/11/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MB ziarah bekas penyelia Dun yang meninggal

KOTA BHARU: Bekas Penyelia Dun Tendong, Abdul Hamid Aziz, 56 telah meninggal dunia kira-kira jam 11.45 malam tadi. Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Kampung But, dalam Dun Kadok, di sini setelah menderita mengalami masalah jantung tiga tahun lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Asiah Mustapha, 58 dan tujuh orang anak, […]

Subscribe US Now