PANTAI CAHAYA BULAN BAKAL DINAIK TARAF

webmaster
Pantai Cahaya Bulan antara lokasi menarik untuk dikunjungi di negeri ini.

oleh Rosmiza Kasim

KOTA BHARU – Kawasan perniagaan jagung rebus di Penambang, Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan Pantai Mek Mas yang menjadi antara lokasi tumpuan dekat sini bakal dinaik taraf dalam masa terdekat.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, ketiga-tiga lokasi berkenaan akan dihidupkan untuk lebih menggamit kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan dan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menurutnya, sebagai contoh gerai menjual jagung sekitar jalan utama di Penambang menuju ke PCB itu kini diusahakan secara tradisional oleh penduduk tempatan akan dijalankan secara lebih tersusun.

“Kerajaan berhasrat untuk wujudkan satu bangunan khas lebih selesa dan kalau boleh jagung rebus yang dijual sebelum ini akan dimasak menggunakan cara kukus untuk meningkatkan aspek kebersihan.

“Setakat ini ia diusahakan oleh sembilan peniaga dan saya bercadang untuk menambah tiga lagi penjual dan diajar dengan cara promosi lebih baik,” katanya kepada media semalam.

Dr Izani bermesra bersama mereka yang menghadiri Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MPKB-BRI Tahun 2020 di Dewan Bunga Raya semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) Tahun 2020 di Dewan Bunga Raya.

Selain itu, katanya, kawasan PCB juga akan digemilangkan kembali dengan kelengkapan infrastruktur, keceriaan dan juga naik taraf kebersihan.

“Kita juga akan membangunkan satu lagi pusat rekreasi iaitu di Pulau Kundor dengan menghiasinya menggunakan konsep tradisional dan infrastruktur lengkap untuk menarik pengunjung,” katanya.

Katanya, tidak terkecuali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang juga terkenal dengan industri batik dan pemprosesan keropok oleh penduduk setempat sejak sekian lama yang memerlukan ia dinaiktaraf.

“Aktiviti penduduk ini menjadi tarikan kepada pengunjung dari luar dan dalam negeri untuk melihatnya secara lebih dekat.

“Kita akan bangunkan untuk lebih menarik kunjungan pelbagai pihak termasuk tingkatkan proses menjemur keropok,” katanya.

Katanya, perkara yang dinaik taraf itu bukan sahaja membawa kebaikan terhadap sektor pelancongan bahkan secara langsung dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk miskin di kawasan tersebut.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/65294/EDISI/Kelantan/Pantai-Cahaya-Bulan-bakal-dinaik-taraf

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

SEDIA PELAN KOMPLEKS SUKAN DI BUKIT MERBAU

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan melakukan persiapan bagi menyediakan pelan serta rancangan untuk membina Kompleks Sukan di Bukit Merbau, Pasir Puteh. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, hasrat itu akan dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak lama lagi. “Kita baru buat keputusan pada […]

Subscribe US Now