PAPISMA bijak KECEK

webmaster

oleh Nazman Che Iberahim

Tahniah PAPISMA Kelantan atas inisiatif Kelantan Celik Kesihatan (KECEK) yang mana antara visi utamanya adalah merancakkan perkongsian ilmu-ilmu berkaitan kesihatan dan perubatan yang sahih dan autentik kepada masyarakat awam.

Menariknya, perkongsian akan datang disampaikan kepada komuniti oleh mereka yang berkepakaran dalam bidang masing-masing.

Kelebihan PAPISMA adalah mereka memiliki ramai tenaga professional yang boleh berkongsi maklumat berkaitan kesihatan secara berfakta dan santai.

KECEK juga akan turut digerakkan bersama oleh Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan dalam rangka membudayakan KECEK ke segenap peringkat dan tempat kepada rakyat.

Biarpun pelancaran rasmi hanya akan diadakan bersempena Hari Kesihatan Negeri Kelantan 2020 pada April nanti, namun beberapa siri program KECEK telah dan akan diadakan.

Terdekat ini adalah di Masjid Al Fattah Mukim Kota pada 6 Febuari 2020 yang akan menampilkan En Mohd Hakim Zakaria (Pegawai Dietetik USM/ Exco PAPISMA Kelantan). Beliau akan bicarakan KECEK dengan tajuk “Bicara Kesihatan : Diet & Buah Pinggang”.

Seterusnya pada 14 Febuari 2020 di Masjid Mukim Bukit Marak yang akan menampilkan Dr Tg Muhammad Fakhruddin (Dr Perubatan USM/ PAPISMA). Beliau akan membicarakan KECEK dengan tajuk “Bicara Kesihatan : Sihatkah Jantung Kita”.

Manakala pada 29hb Febuari 2020, Pengerusi PAPISMA Kelantan, Dr Tg Ahmad Damitri Al-Astani Tg Din (Pensyarah Patologi Kimia USM) akan mengendalikan KECEK dengan tajuk “Bicara Kesihatan : Kanser, Kesan Sebelum Kesal” di Masjid Sultan Muhammad Ke-III, Bandar Pasir Mas.

Semua program KECEK di atas akan diadakan sejurus selepas solat maghrib. Manakala satu slot Khas Bicara Santai KECEK “Diet Sihat & Berkat Pemangkin Generasi Hebat” akan diadakan sempena Karnival Dietitian Bersama Komuniti di Masjid AlFattah Mukim Kota pada 22 Februari 2020 jam 10.00 pagi. Penduduk sekitar dialu-alukan ke sana.

Tahniah rakan rakan PAPISMA Kelantan atas penganjuran program yang cukup bermakna ini.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

BERDAKWAH MELALUI PENULISAN BERIMPAK TINGGI

oleh Norzana Razaly Muslim terbaik ialah yang paling bermanfaat kepada sesama manusia dan seluruh makhluk. Ilmuan Islam, Imam Ghazali dan Imam Nawawi dipinjamkan hayat oleh Allah SWT cuma 44 tahun dan 54 tahun, namun nama mereka bagaikan bernyawa sepanjang zaman hanya kerana kebaikan yang disebarkan melalui penulisan. Bayangkan amal jariah […]

Subscribe US Now