PAPISMA Kelantan buka bilik gerakan

webmaster

KOTA BHARU: Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) cawangan Kelantan membuka bilik gerakan bagi mengumpul sumbangan orang ramai.

Pengerusinya, Dr Tengku Ahmad Damitri al Astani Tengku Din berkata sumbangan bahan-bahan yang boleh dijadikan peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk pencuci tangan.

Katanya, bilik gerakan PAPISMA beroperasi sehingga sekarang dan menerima banyak sumbangan orang ramai termasuk air mineral, makanan dan bahan untuk dijadikan PPE.

“Di sini kita menghasilkan kelengkapan PPE untuk diedarkan kepada hospital selain penutup muka dan pencuci tangan.

“Kebanyak hospital akan menghubungi kita bagi mendapat keperluan tersebut,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Papisma cawangan Kelantan di Taman Makmur, Kampung Chicha Kubang Kerian hari ini.

PAPISMA Kelantan mempunyai ahli lebih 1,000 orang yang terdiri daripada doktor pakar, pegawai perubatan, pensyarah, penyelidik dan sebagainya.- HARAKAHDAILY 31/3/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/31/papisma-kelantan-buka-bilik-gerakan/?fbclid=IwAR2nE8IzKnS–vJ4nPw4O0XqkfVQQu8JbGJ1CHDsM9mHDNddy-9E3OCi6Xg

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Bantuan fasa pertama bagi golongan asnaf – Mohd Amar

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menjelaskan bahawa bantuan bagi fasa pertama adalah kepada golongan asnaf. Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berharap orang ramai agar tidak salah faham terhadap Penghulu Mukim dengan bantuan yang disalurkan kepada golongan itu baru-baru ini. Jelasnya, penghulu hanya mengikut arahan supaya menyalurkan sumbangan kepada […]

Subscribe US Now