PASAR BAHARU RM5 JUTA DI SELISING

webmaster

oleh Muhammad Arif Ismail

PASIR PUTEH: Selepas lima tahun pasar lama terbakar, kini penduduk di pekan Selising memiliki pasar baharu yang turut dilengkapi surau dan ruangan memunggah barangan.

Selain itu ruang parkir lebih luas dan kemudahan untuk OKU.

Pasar Siti Sarah itu dibina berhampiran Kampung Padang Pak Omar membabitkan kos sebanyak RM5 juta di bawah peruntukan kerajaan persekutuan.

Pasar terbabit terletak kira-kira 700 meter dari tapak asal berhampiran Cabang Tiga Selising.

Tapak pasar pasar baharu merupakan bekas sawah padi yang ditambun semula seluas lebih satu hektar. Ia terletak berhampiran laluan utama Kota Bharu-Pasir Puteh.

Pembinaannya dikendali syarikat MMY Resources.

Isnin lepas sempena pembukaan Pasar Siti Sarah diadakan solat hajat diimamkan Adun Selising, Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Solat hajat itu diadakan di surau pasar turut dihadiri peniaga, kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Selising, wakil Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dan penduduk tempatan.

Tuan Mohd Saripudin berkata, perniagaan di pasar itu bermula dengan solat hajat bagi mendapat keberkatan daripada Allah Taala.

Sehingga sekarang seramai 37 peniaga daripada pasar lama menjalankan perniagaan di pasar terbabit.

Terdapat sebanyak 59 petak disediakan di pasar berkenaan.

Pasar baharu tersebut merupakan yang kedua di Pasir Puteh di bawah kendalian MDPP.

Dua tahun lepas peniaga di Pasar Lama Pasir Puteh berpindah ke pasar baharu di Pasir Puteh Sentral. – HARAKAHDAILY 8/1/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/08/pasar-baharu-rm5-juta-di-selising/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

‘MASJIDIL HARAM’ GUA MUSANG ADA 9 MENARA

GUA MUSANG: ‘Masjidil Haram’ juga boleh ditemui di negara ini apabila masjid yang dilengkapi sembilan menara setinggi 30 meter terdapat di Gua Musang. Masjid terbabit bakal digunakan tidak lama lagi. Turut dilengkapi tujuh kubah. Masjid tersebut seluas 75,000 kaki persegi mampu menampung 3,500 jemaah. Seni rekanya seumpama Masjidil Haram di […]

Subscribe US Now